Personal Class – Zariza Jaafar 11 Julai 2020

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

11 Julai 2020 – Kelas persendirian bersama Puan Zariza Binti Jaafar diadakan bagi membantu beliau membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal melalui portal Jabatan Pembangunan Wanita iaitu www.jpw.gov.my

Kelas selama 1 jam bermula 10.30 pagi ini diadakan kerana Puan Zariza Jaafar tidak mahir menggunakan komputer dan internet.

Antara yang diajar ialah membuka laman web www.jpw.gov.my, memberi penerangan kepada peserta tentang jenis-jenis dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan, membuat akaun gmail, mengisi borang di google form, cara mengimbas dokumen dan memuat naik dokumen ke laman web.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali